Monday, July 6, 2009

Up-Date

Minggu ini Insya'Allah saya akan turun ke gelanggang selepas 3 minggu missing-in-action. Buat masa itu saya telah menjalani 3 pembedahan untuk membuang kanser jenis sarcoma dalam badan saya. Pembedahan ketiga terpaksa dilakukan untuk membuang lebih banyak sel yang mungkin dijangkiti kanser.

Sekarang ni saya rasa sudah sihat, dan sudah cuba cycling sekeliling kawasan USJ 4. Tapi jogging belum lagi. Doktor kata swimming tak boleh lagi, mungkin lagi 3 minggu. Tapi lagi beberapa minggu kita dah nak puasa kot, so mungkin lepas raya baru boleh balun berenang kembali.

Buat masa ini buat jurus kena jenis taichi sikit.

Jumpa di gelanggang nanti.

Mereka yang dah bayar yuran, saya ada simpan resit-resit. Nanti kat gelanggang saya bagi.

Alamak, saya baru ingat, hari sabtu ni 11 Julai Masjid Annur ada menganjurkan forum perdana, so mungkin kelas kita kena tunda kot. Apa2 sila call handphone saya yang baru

012-989 2309.

Salam

Saturday, May 16, 2009

Laporan Terkini Bilangan Ahli

Setakat semalam, yakni 16 May 2009, jumlah ahli gelanggang USJ4 ialah seramai 30 orang. Ini adalah satu angka yang membanggakan. Untuk melicinkan lagi perjalanan pembelajaran dan operasi kelas, saya akan berusaha dengan Bachok untuk mendapatkan penolong jurulatih supaya kelas kita berjalan sepenuhnya sepanjang 2 jam latihan.

Saturday, March 21, 2009

Demo Pertama Gelanggang USJ4







Alhamdulillah, demo pertama berjaya diadakan. Latihan yang singkat nampaknya tak menjadi masalah kerana memang masing-masing dah pasang niat macam nak pukul orang, jadi hasilnya kira orait. Ini di antara gambar-gambar aksi di hari Kejiranan MPSJ yang diadakan pada 22 Mac 2009.

Sunday, February 15, 2009

Demo

Majlis Perbandaran Subang Jaya telah menjemput kita untuk membuat demonstrasi pada hari keluarga mereka 22 hb Mac 2009. 

Ini peluang baik untuk memperkenalkan silat ini kepada umum. Sudah tiba masanya masyarakat mengenali silat yang tidak ada kaitan dengan unsur2 kurafat.  Selamat berlatih.