Saturday, November 1, 2008

Gerak Lian - Sedikit Penerangan

1. Gerak Lian berbeza dari seni silat Melayu. Asalnya dari negeri China, dan mula berkembang di Johor dan ke utara melalui Mersing dan hingga ke Terengganu.
2. Silat ini lansung tidak ada kaitan dengan unsur-unsur mistik yang sinonim dengan silat-silat Melayu.
3. Silat ini bukan 'self defence' tapi bersifat 'self offence' maknanya, dalam bab gaduh, dia pukul dulu. Sebab dalam gaduh tak kira sapa gentleman. Yang kira, sapa menang.
4. Untuk keyakinan dan kekuatan fizikal, tak ada cara lain. Latihan fizikal seperti pumping kena buat tiap2 hari. Ini termasuk latihan lain seperti jogging, berbasikal, berenang, shadow boxing, dan lain2 aktiviti yang boleh menguatkan badan.
5. Tidak ada short-cut untuk jadi kuat. Dalam Gerak Lian tak ada konsep menurun atau download kebolehan2 luar biasa. Nak kuat, kena buat drill. Simple, macam martial art lain seperti Karate, Taekwondo, dan Kungfu, JKD, Wing Chun.
6. Tak ada unsur kurafat nak panggil jin atau hulubalang yang pesilat terpaksa hormat seolah2 mereka ni semua sama taraf dengan nabi. Ini semua yang jadi perosak aqidah Islam.
7. Atas dasar ini, gelanggang silat Gerak Lian boleh di adakan di mana2
8. Tak ada konsep buka gelanggang dengan bacaan atau mentera, atau yang amalan kurafat seperti kemeyan.
9. Sebab itu gelanggang USJ 4 lebih selesa diadakan di Masjid Annur USJ 4.
10. Tak ada seru2 dalam silat ini. Lagipun kalau nak gaduh mana ada masa nak seru2. Ini semua mengarut.
11. Kalah menang dalam bergaduh ditentukan oleh Allah. Kalau berlatih tapi kalau dah ditentukan oleh Allah yang kita akan kalah di tangan orang yang tak pernah belajar silat, maka kalah lah kita. Oleh itu dalam Silat Gerak Lian, jangan ada rasa takabur.
12. Silat ini memang tak ada seni tari dan gerak geri yang biasa dikaitkan dengan silat Melayu. Silat ini kalau dah jadi gaduh tak ada masa nak menari atau berjoget. Yang penting tumbuk atau perisai pergi dulu. Apa yang nak jadi lepas tu tak perlu fikir panjang.
13. Sesuai untuk wanita dan remaja.
14. Ringkas dan mudah - guna segala anggota untuk menang.

17 comments:

tarings said...

Wah, bagus sekali Gerak Lian. Walaupun tuan mengatakan silat ini diperkenalkan di Johor dan saya berada di Johor, malangnya saya tidak pernah mendengar pula akan silat ini.

Berminat juga untuk beriadah sambil menguatkan apa2 yang patut kuat. Terutamanya mental toughness. Sudah 40an ini agak kurang sesuai untuk mendaftar di kelas2 tae kwon do atau silat. Kelas tai chi, kurang pula yang boleh mengajar dalam bahasa kebangsaan.

Tahniah tuan, dapat membantu menyihatkan tubuh badan dan minda pemuda pemudi Islam, tanpa takut terpesong akhlak dan keimanan. Syabas.

★Jasmine said...

datang view view =)

-Aishah- =D

Sir Pök Déng said...

Di Terengganu (terutamanya area Dungun) terdapat sejenis silat yang dinamakan Silat Warisan Belebat To' Perpat Panglima Hitam (nama pendek: Silat Pewaris). Permainannya dikatakan mengandungi campuran Lian dan Silat Melayu.

Cara dirinya seperti Lian. Cara hormat juga seperti Lian. Tetapi apabila melangkah jurus, tapak adalah tapak Silat Melayu, tumbukan ala Belebat + Tomoi.

Sekadar berkongsi.

Azham Shah said...

tarings - kat johor ada beberapa jenis lian. ada lian padukan yang dibawa oleh pak mat kedidi, beliau ada kat endau. kat mersing ada pak mat samurai, dia bawak gayang lima, ada orang panggil buah pukul mersing.

jasmin - terimakasih atas jemputan.

pok deng - satu maklumat yang baik, saya tak pernah dengar permainan silat ni. kat dungun galanggangnya kat mana?

ZaFraN said...

eh,dah ade blog la hehe,bagus2.

Anonymous said...

To Join Contact Me & Pok Deng,

Utk pengetahuan tuan berdua (mungkin pok deng tahu kot)-

Silat dulu dikenali sbg Pencak Silat Buku Belebat, Seni Silat Lian 12,Lian Belebat. Tp kini dikenali sbg Silat Warisan Belebat To' Perpat Panglima Hitam (nama pendek: Silat Pewaris)- spt dicritakan oleh pok deng.

Maklumat dperolehi silat ini di asaskan To' Mat Perpat Panglima Hitam - Berasaskan Lian Yunnan & Silat.

Nak crita lebih2 tak reti coz saya bkn ahli silat ini cuma berpandukan Majalah Pendekar bil 57 JUN 1993 & bil 63 OKTOBER 1993.

Tp pendpt saya laa dr apa yg terdpt di majalah Pendekar(majalah yg telah berkubur tanpa nisan - syg sekali)Silat ini gabungan silat melayu dgn Lian. Apa pun usaha yg baik memantapkan ilmu tersebut dan memeriahkan dunia persilatan melayu.

Bagi Taring - usia bkn kayu pengukur utk kita menimba ilmu ALLAH. So join laa silat ini..tak kenal maka tak cinta

Utk To Join Contact Me - Teruskan usaha anda dan Gerak Lian bagi martabatkan silat dikaca mata masyarakat.

Azham Shah said...

Zafran: Sekarang dah tahu make sure yang lain tu datang kat gelanggang bila cuti nanti. Pakcik nak ambik gambar korang - you all ni pioneer jadi kenalah bagi penghormatan. Bila universiti cuti nanti turun gelanggang okay? Otherwise pakcik cari kat masjid he he


Anonymous: Terima kasih di atas penerangan ini. Banyak silat Melayu yang mati berkubur tanpa nisan atas beberapa faktor.

1. Guru utama / pengasas terlalu berahsia mengenai ilmunya yang menyebabkan pelajar rasa tertipu.

2. Tiada sistem yang kemas untuk meneruskan usaha.

3. Tiada istiqomah.

4. Gagal untuk menyesuaikan kurikulum untuk target audience yang berlainan.

dan lain-lain. Saya identify kelemahan ini bukan untuk orang lain, tapi untuk diri saya sendiri sebagai ingatan agar saya tidak gagal.

Terima kasih. BTW saya dah tukar display dari 'to join contact me' kepada nama saya sebenar.

Sir Pök Déng said...

Kat Dungun saya rasa saya masih belum pernah jumpa gelanggang kampung. Saya memang suka gelanggang kampung sebab pengajaran yang original.

Silat Pewaris ni banyak kat sekolah-sekolah area dungun. Diorang ada main olahraga. Tapi saya tak suka tengok olahraga. Saya suka tengok permainan diorang.

Apa yang saya perhatikan (dulu saya tak tau lagi pasal Lian), cara pengajaran diorang pada mulanya adalah menumbuk cara tumbuk baji. Err.. macam tumbukan wingchun+cekak gitu. Takde windmill lagi. Tapi bila dah belajar buah, baru nampak permainan lian diorang. Pakai windmill punching. Kalau Lian Padukan campur elemen 'perisai,' silat pewaris ada tambah elemen seligi.

Lepas tu saya ada dengar tentang istilah 'turut' (atau seturut?) & 'sumbang' dengan diorang.

Diorang ada bunga. Ada pecah. Ada sepak terajang. Tapi yang banyak saya nampak dalam silat ni adalah permainan tumbuk dan menyiku. Asas yang pertama diorang belajar pon banyak tumbuk dan siku.

Senjata diorang ada tekpi. Keris takyah cakap lah. Memang dah adat. Yang penting, tekpi tu.

Saya bukan ahli silat ni. Cuma saya selalu jugak tengok diorang berlatih di sekolah dulu-dulu & kalau saya balik kampung, saya tengok diorang berlatih tepi pantai. Budak-budak sekolah menengah rendah.

Nama cikgu utama dia Cikgu Jaafar. Keje posmen. Tapi sekarang dah tak tau keje apa. Sorry, contact number die saya takde.

ZaFraN said...

ooo ok...tapi rase2nye hari paling ideal 22 november la,sebab uitm cuti,adzahar ngan acap uitm jadi diorg boleh dh balik,saye plak nk balek weekend 22 pn,pastu kalau hidayat x tau lg,sbb die mmg tgh cuti minggu lepas,x tau die dh start balek ke x.

Az Luv said...

Assalamualaikum...sya tgh cari kumpulan To' Perpat Panglima Hitam, Temerloh..azwaloy@yahoo.com
..Ahli Silat..

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan,

Maafkan saya mencelah ...

Kepada saudara tarings, di Johor memang saudara xkan jumpe Gerak Lian kerana Gerak Lian ni adalah version Buah Pukul Mersing yg telah dibawa ke Pahang (Pok Yee)...teknik2nya ada yg diubahsuai sedikit lalu menjadi Gerak Lian ini ... di Johor ia dipanggil Buah Pukul Mersing, Gayang 5, Lian Paduka ... dan juga LianPadukan.

Satu pembetulan juga buat saudara to join ... Pak Mat Samurai tidak membawa Gayang 5, beliau membawa Buah Pukul Mersing ... Gayang 5 dibawa oleh Pak Atan Air Batu(kluang) dan juga Pak Raja (batu pahat) .

Asal kesemuanya adalah dari Buah Pukul Mersing (hasil daripada gabungan permainan Syed Abd. Rahman Al-Yunani, Awang Daik dan juga Pak Long Mat Yasin) ... diajar dari generasi ke generasi, apabila sampai pada Pak Atan Air Batu beliau mendaftarkannya sebagai Gayang 5 ... permainannya masih sama cume adala sedikit sebanyak penekanan dan perbezaan. Sementara To’ Perpat Panglima Hitam pula version yg telah dibawa ke Terengganu (maaf saya kurang tahu mengenai To' Perpat ini, x dapat nak hurai)

LianPadukan pula adalah Buah Pukul Mersing yg telah diolah dan dipadukan oleh Pak Mat Kedidi dgn teknik2 yg telah beliau pelajari dlm silat sendeng, sunting dan tomoi.

Di area Lembah Kelang ni LianPadukan ada diajar di Surau Kelana Jaya, Tabung Haji Kelana Jaya, Klang, Gombak dan beberapa tempat lagi. Gayang 5 pula ada diajar bersama gelanggang Setia Bakti di Gombak.

Sekian, sekiranya tersilap kata maafkan saya.

"Buah Dagang Yatim Piatu, Sambut Dua Tanti Satu"

bobpilot said...

pok deng,amber nii org dungun gok,cikgu jaafar tu sapa lening pun posman kalu bulan pose dia jual ikan bakar kat pasar minggu,ambe jumpe sokmo dia kalu balik kg,ambe penah ahh tengok dia ngaja silat di sekolah2,dulu smtiz,smsd,dan banyak lg laa hak best ambe tengok dia ngjar ala komando lembek budak2 kene,tapi nak boleh ke tahap tu kene banyak bersabar laa,mungkin sekarang nee dah tak ada kot ala komando,budak2 sekarang nee lembik dulu sekolah smtiz tu keliling 5 round dulu baru masuk gelangang mimpi ngeri budak2 dulu.

Firdaus Abd Rahman said...

~Tp pendpt saya laa dr apa yg terdpt di majalah Pendekar(majalah yg telah berkubur tanpa nisan - syg sekali)Silat ini gabungan silat melayu dgn Lian. Apa pun usaha yg baik memantapkan ilmu tersebut dan memeriahkan dunia persilatan melayu.~

majalah pendekar terhenti akibat pengarangnya sdr azlan ghanie kena strok... setelah pulih dengan ikhtiar daripada senaman melayu tua... di kembali dengan majalah... SENI BELADIRI

z said...

Silat Warisan Belebat To' Perpat Panglima Hitam..

antara asas pblajarn silat ni:
1)tmbukan sumbang
2)tmbukan seturuk
3)sumbang kuda
4)surun blebat n bbrp lg

pastu masuk bbrp lian n buah..
utk basic mnumbuk spt sumbang n seturuk, ada teknik kalisan @perisai guna tangan utk tahan bhgian dahi smpi dada..

utk basic spakan pula tdiri drpd spakan depan(guna hujung bwh jari kaki), layang n side.. bila dah masuk buah n level tggi ckit baru ada 2 3 tknik sepak lg.. utk silat ni ada bnyak lg tp da lupa scara detail.

BERKONGSI..

ank didik Cg Jaafar

Unknown said...

Number contact 0129584663

Anonymous said...

dungun kat mana cikgu jaafar tu?

Anonymous said...

Cg jaafar ni boleh dgn sape?