Saturday, November 1, 2008

Latihan Jurus

Saya bersama Pok Yi (Pengasas Gerak Lian). Gambar ini diambil oleh Abot.

Pok Yi memberi penerangan mengenai konsep Seni Silat Gerak Lian. Hai, baru pukul 11.30 malam dah mengantuk ke Abang Megat tu? Ohhh, bukan mengantuk, tapi khusyuk tuuu. he he

Tekan 1

Tengah pusing nak buat kebas belakang. Kelas ini Pok Yi bagi command. Memang special.

Belebat Genap dan Sumbang. Tengok tumbok Wan tu memang brutal tuuu. Kalau kena debik mau masuk sepital Kuantan seminggu.

Abang Megat bersama Ketua Jurulatih Gelanggang USJ 4 - Abang Bachok. Ini posing cantik punyerr.

Di antara gambar-gambar masa lawatan Pok Yi ke Kelas Pertama Sessi 08/09. Insya'Allah Gelanggang USJ 4 akan terus berfungsi untuk masa-masa akan datang. Setakat ni, kita dah 3 tahun bergerak sebagai satu program remaja Masjid Annur yakni, satu usaha untuk mendekatkan remaja di masjid melalui aktiviti jasmani yang boleh membina keyakinan diri.
Pok Ayi ada beritahu yang module untuk latihan secara teratur dan professional telah pun siap. Kita akan mengikut module ini dan untuk peringkat selanjutnya, kita akan cuba menembusi sekolah-sekolah di sekitar USJ untuk memperkenalkan Seni Silat Gerak Lian ini.

4 comments:

faiz silat Lian usj4 said...

boleh tak kalau silat lian nih diadakan di sekolah smk usj 4...
mesti ramai remaja remaja akan masok punyer...

Ridhwan said...

klau boleh silat lian buka cawangan di sabak bernam

Ja'a said...

wahhh.. pengasas Gerak Lian pun turun... kat kwsn Taman Keramat ada tak Gerak/Silat Lian?

TQ

Anonymous said...

Boleh google gerak lian keramat