Saturday, November 1, 2008

Sessi 08/09

Dari kiri: Abot, Cikgu, Pok Yi, Nan dan Rosman.

Jurus Tujah Dua Belah

Pok Yi pumping.


Kelas pertama untuk Sessi 08/09 telah diadakan pada 1 November 2008. Pok datang dan beri command untuk jurus.

5 comments:

nurhaq said...

asalamualaikum..saya amat tertarik artikel anda.. saya adalah salah seorang penuntut gayang lima (buah pukul mersing) di bawah bimbingan ayahanda "pak Atan"... beliau di lahirkan di mersing dan merupakan guru besar buah pukul mersing yang mana beliau merupakan waris asli terhadap seni pukul ini dari Syed Abdul Rahman Al-Yunani . tidak seperti lian padukan, sendeng, yang mana merupakan pecahan dari ibu pukul yang dibawa beliau..terlalu banyak rahsia pukul & lapis pukul yang ada pada beliau merangkumi 12 lian dan lian tingkatan. rasanya kalau saudara minat mendalami lebih halus seni pukul ini datanglah ke ayer hitam johor.. walau apapun saya amat berbangga kerana saudara telah mewarisi seni ini kerana seni pukul ini adalah berbeza, bersih dan mudah..tidak menggunakan perantaraan...umpama kita dengan Allah..ikhlas dan terus tanpa ada perantaraan.. harap dapat kita berkongsi perkembangan tentang seni ini... wasalam

Anonymous said...

adakah silat lian ini diajar ilmu pernafasan...satu lagi silat ini ada banyak kelemahan pada kaki..

Anonymous said...

Assalamualaikum,

saya kurang setuju dgn statement saudara nurhaq ... sebelum tu biar saya perkenalkan diri, saya adalah seorang pengamal Buah Pukul Mersing (dari aliran Pak Mat Samurai) , seorang pengamal Sendeng (dari Allahyarham Haji Hamid) dan seorang pengamal LianPadukan (dari Pak Mat Kedidi).

mengatakan bahawa sendeng adalah pecahan kepada ibu pukul yang dibawa oleh Pak Atan Air Batu adalah kurang tepat ... bpm/g5 lahir dari sendeng dan sunting ... jadi sendeng lahir dulu, kemudian barulah bpm/g5.

lianpadukan pula ada adukan bpm dgn sendeng, sunting dan tomoi.

buat anonymous ... orang kata hanya jauhari yg mengenal manikam ... apa bukti saudara mengatakan permainan lian ni lemah pada kaki? ... pernah test "berdiri" dgn orang lian ke? ... hanya orang lian aje tau di mana bahayanye kaki seorang pengamal lian ... ada tgk crite Ip Man (wingchun), dia punye praktis kat wooden dummy ada main kaki sepak melayang terbang tinggi2ke? ... tapi kenapa still dia boleh "berdiri" dgn martial lain yg main kaki tinggi2? ...

wassalam

ha gulung said...

lemah pada kaki? tuan penah berdiri ke (sparing) dgn salah satu kumpulan buah pukul mersing? tak kira la lian pokyee ke, lianpadukan ke, g5 ke. tuan lian memang tak mengangkat kaki tinggi2, tapi tak bermaksud lemah.

Anonymous said...

Betul tu. Saya belajar gayang lima, buah pukul mersing pak mat samurai, sendeng dan juga gerak lian. Sendeng amat berbeza. Buahnya tak banyak macam buah pukul mersing pak mat samurai tapi power dia lain macam… tertamanya kalau sudah belajar kaedah pukul 7 hari dan rajin berlatih lean (tak sama dengan lian dalam buah pukul mersing dan aliran yang seangkatan) dengan syarat kena berlatihlah hahaha… di gayang lima saya amat menghargai kaedah lapis pukul kerana ia melatih kita menghidupkan gerak… di gerak lian pula ada beberapa kaedah yang agak lain sesikit dari aliran pak mat samurai dan g5 .. ada modifikasi dari Pok Yie dan juga jurulatih2.. modifikasi utk kebaikan apa tak salah kan… satu lagi gerak lian amat menitikberatkan fitness… yelah, kalau teknik hebat sekalipun tapi fitness hancur agak-agak boleh bertahan ke dalam pergaduhan… btw selain itu saya juga belajar gayong (malaysia dan pusaka), cekak, kalimah, senjata lapan pak mat kedidi, lian ilham, karate dan sedikit taekwondo… semuanya ada kelebihan dan kekurangan.. apap-apa pun, teruskan berlatih